TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW

Posted in Uncategorized on April 13, 2011 by jol

Pernah dgr teori maslow? teori ni tentang keperluan-keperluan yang seseorang perlu penuhi supaya kehiduapan nya dikahir nnt boleh disifatkan kesempurnaan dan untuk kepuasan diri . Menurut Maslow , kepuasan kerja dan keseronokan diperolehi semasa menjalankan sesuatu kerja. Penekanan teori ini adalah kepada pengiktirafan dan penghargaan sebagai faktor penting dalam kepuasan kerja. Maslow telah membahagikan keperluan manusia kepada empat peringkat iaitu peringkat fisiologi, peringkat keselamatan, peringkat sosial, peringkat penghargaan diri dan peringkat kesempurnaan diri.

Rajah 1 menggambarkan peringkat keperluan manusia dalam Hiraki Keperluan Maslow. Abraham Maslow telah menerangkan tingkah laku manusia berasaskan tahap keperluan manusia. Teori ini menerangkan bahawa setiap pekerja mempunyai keinginan asas yang mesti dipenuhi. Keperluan dalaman iaitu motivasi adalah penggerak dan mengarah kepada perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Menurut Maslow, peringkat keperluan asas manusia adalah pada tahap yang paling bawah dikenali sebagai keperluan fisiologi. Keperluan asas ini mestilah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan asas dalam keperluan fisiologi adalah seperti makanan, minuman, pakaian dan seumpamanya. Manakala peringkat keperluan yang kedua ialah keselamatan di mana seseorang itu ingin memperolehi keselamatan dengan memperolehi pekerjaan yang selamat dan tetap, wang yang mencukupi, tempat tinggal yang selamat dan lain-lain keperluan yang dapat menjamin keselamatan diri.

1 Kesempurnaan Kendiri 

 

2 Penghargaan Diri 

 

3 Sosial 

 

4 Keselamatan 

 

 

Fisiolagi 

 

RAJAH 1:  Peringkat Hiraki Keperluan Manusia Abraham Maslow

Seterusnya ialah tahap keperluan sosial manusia, iaitu manusia perlu berhubung dengan individu yang lain untuk memberi dan menerima kasih sayang. Peringkat keperluan penghargaan diri pula berkaitan dengan penghargaan (self esteem) sama ada dalam dirinya sendiri ataupun daripada orang lain. Keperluan kesempurnaan kendiri (self actualization) merupakan peringkat yang paling tinggi dalam Teori Hiraki Maslow. Tahap ini merupakan peringkat kejayaan dan kemuncak kepada semua keperluan manusia. Untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri, seseorang itu perlu memperolehi dan memenuhi kesemua keperluan pada tahap sebelumnya.

Berdasarkan kedua-dua teori yang dibincang, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai banyak kepeluan yang perlu dipenuhi untuk mencapai kepuasan dan kesempurnaan diri. Selain faktor dalaman dan faktor persekitaran yang mendorong individu mencapai kepuasaan dalam pekerjaan yang dilakukan, faktor pendorong iaitu faktor luaran juga merupakan penggerak utama kepada pencapaian kesempurnaan dan kepuasan terhadap pekerjaan.

BERHABUK

Posted in Uncategorized on April 12, 2011 by jol

lama aku tak update blog ni..sbb aku ada lagi satu blog..kalo sapa-sapa rajin singgahla blog aku lagi 1 http://pakya-karia.blogspot.com/ tp aku tetap akan update blog nie…and aku akan ceritakan serba sedikit tentang pendidikan khas.. mungkin dekat luar sana tak bnyak yg tau pasal pendiidkan khas kan..ok c ya

alkisahku…

Posted in Uncategorized on November 6, 2010 by jol

Nama diberi Faizol bin Awang. Dilahirkan pada 10 mei 1986 di sebuah kampung yang diberi nama Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah. Nama mak aku ialah Fauziah Bt Ahmad dan ayah aku pula ialah Awang Bin Che Mat. Aku anak sulung daripada 4 orang adik-beradik dan aku merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga ini. Mengikut mak aku, nama aku iaitu Faizol itu diberi selepas melihat nama pembuat tonik(sejenis ubat tradisional) yang terkenal pada masa itu di Kedah. Aku membesar dengan persekitaran kampung. Di belakang rumah aku terdapat sawah padi atau orang utara memanggilnya bendang. Aku juga banyak bercampur dengan orang yang lebih tua kerana  pada masa itu sepupu aku kebanyakan mereka berumur melebihi 5 tahun daripada umur aku. Sebelum memasuki tadika aku selalu mengikut mereka menangkap ikan di bendang terutamanya ketika musim mengambil padi. Ikan pada waktu itu sungguh banyak terutamanya ikan seperti haruan, keli, sepat dan puyu. Kami akan beramai-ramai mengikut mesin padi dibelakang mesin tersebut. Ketika itu, suasana seperti pesta menangkap ikan dan penduduk kampung akan berkumpul melihat gelagat anak-anak kampung. Selalunya selepas pulang daripada menangkap ikan dan ’berkubang’ di dalam selut tersebut, di hadapan pintu masuk rumah akan tercegat ayahku memegang rotan kerana dan selepasa sampai je di hadapan pintu, akan berbiratla badanku ini.

Selepas itu, mak aku pula akan membebel kerana bajuku habis kotor…he3…selepas musim mengambil padi berlalu, akan pula musim orang bermain wau ataupun layang-layang. Aku dah pandai buat wau sendiri ketika umurku masih belum mencapai peringkat tadika. Semuanya kerana diajar oleh sepupu aku. Kami akan mencari buluh ataupun lidi dan akan sama-sama mencipta layang-layang yang bentuk berlainan daripada biasa. Selain itu, terdapat juga musim lain seperti musim bermain gasing dan bermain guli, ketika itu semua budak-budak kampung  akan membeli guli dan gasing. Bila teringat kembali nostalgia lama terasa pula rindu dengan kehidupan lalu.

HOBI

 

Aku begitu meminati sukan bola sepak dan itu adalah hobi aku semenjak kecil lagi. Aku sering bermain bola sepak ketika waktu lapang. Aku juga akan mengunjungi stadium jika pasukan pilihan aku iatu kedah atau diberi nama jolokan sang kenari beraksi di padang. Bagi aku sukan ini begitu apabila melihat skil yang dipamerkan oleh pemain. Pemain idola aku ialah david beckham. Bagi aku beliau begitu memiliki skil yang tinggi terutamanya dalam membuat hantaran kepada pemain yang lain. Selain itu, aku juga begitu meminati hobi memancing. Jika ada kelapangan aku selalu pergi memancing dengan rakan-rakan aku. Lokasi yang kami selalu pergi ialah pantai merdeka. Sealunya kami akan bermalan di pantai itu dan akan pulang ke rumah keesokan harinya. Ikan yang kami selalu dapat apabila pergi meamncing ialah ikan tanda(anak kepada jenahak), ikan gelama, ikan duri dan pelbagai lagi spesies ikan. Jika tidak ke pantai, aku akan memancing dikawasan sawah padi. Ikan yang selalu dipancing dikawasan itu ialah spesies ikan darat iaitu haruan, keli, sepat, puyu dan temekung. Ikan ini selalunya dijual terutamanya spesies ikan haruan harganya antara RM10 keatas bagi sekilo. Jika diberi peluang nanti aku bercita-cita ingin membuat kolam ternakan ikan dan itu adalah salah satu perancangan masa depan aku kerana aku begitu meminati ternakan ikan. Selain itu, antara aktiviti lain yang dilakukan pada masa lapang ialah bermain badminton, ping pong dan lain –lain lagi.

PENDIDIKAN

 

Aku mula memasuki alam persekolahan ketika umurku 6 tahun dengan memasuki Tabika Kemas. Waktu persekolahannya dari pukul 8-11.30 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan hanyalah menyanyi, main dan mengenal abjad dan huruf-huruf. Tetapi yang paling bestnya adalah ketika waktu makan..he3…selepas setahun aku di Tabika, aku pun memasuki sekolah rendah. Sekolah rendah aku ialah SK Sungai Pasir. Aku sekolah situ selama enam tahun. Masa sekolah rendah aku sering terlibat dengan aktiviti sukan dan memang minat aku terhadap sukan sehingga aku tidak ambil kisah dengan aktiviti pembelajaran. Aku akan tidak masuk ke kelas jika waktu bahasa inggeris kerana takut dengan cikgu subjek itu. Kalo tidak silap aku namanya Cg Jeevaratnam dan rakan-rakan aku akan memanggilnya dengan panggilan ’lima darab enam’..he3..cikgu ni mmg brutal walaupun perempuan. Aku penah lihat kawan aku ditampar olehnya kerana tidak dapat menjawab soalan, sehingga berdarah hidungnya. Berbalik kepada aktiviti sukan, aku telah mewakili negeri Kedah dalam pertandingan jogathon tetapi aku kalah teruk. Masa itu aku baru memasuki darjah 4, sedangkan rakan-rakan yang sama mewakili kedah telah darjah enam. Selain itu, aku dari darjah 4 hingga 6 telah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak peringkat Kuala Muda\Yan. Jika ada hari sukan , aku akan memasuki banyak acara dan akan menggondol banyak pingat. Oleh sebab terlalu bersukan akhirnya keputusan UPSR aku begitu teruk tetapi aku waktu itu langsung tidak berasa kecewa kerana aku belum mengetahui apa fungsi pelajaran sebenarnya.

 

Aku menyambung pelajaran aku ke tingkatan 1 di sekolah SMK Sg Pasir. Sekolah aku itu bersebelahan dengan sekolah rendah aku dulu. Sekolah ini boleh dikategorikan sebagai kategori luar bandar tetapi terkenal kerana sekolah ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan sekolah berkualiti anjuran pendidikan Malaysia bagi kategori sekolah luar bandar. Selain itu, sekolah ini terkenal dengan sukan sepak takraw sehingga pernah beberapa kali johan antara regu dan berpasukan bagi negeri kedah dan juga bagi peringkat kebangsaan. Ketika di tingkatan 1, aku diletakkan di kelas 1 F @ 1 Fizikal. Kelas ini agak kebelakang kerana susunan kelas mengikut abjad. Selepas itu, aku memasuki tingkatan 2 dimana semua pelajar didalam kelas itu lelaki. Boleh dikatakan aku iaitu kelas 2 F mempunyai tahap disiplin yang teruk kerana ramai ’otai’ sekolah ada kat kelas ni. Tapi masuk tingkatan 3 aku di tukarkan ke kelas 3A mungkin disebabkan prestasi pelajaran aku meningkat. Masa di kelas tu aku dilantik menjadi ketua kelas. Selepas result PMR keluar, aku berasa agak kecewa kerana result aku sederhana berbanding rakan-rakanku yang lain. Selepas itu, aku meminta ingin memasuki sekolah teknik dan aku berjaya. Aku mengambil pengkhususan dalam bidan kejuruteraan awam.

 

Di sekolah itu, aku menjadi malas belajar dan hanya memikirkan cara untuk berseronok. Aku bergaul dengan budak nakal sehinggakan aku belajar menghisap rokok dan mula ponteng sekolah. Akibatnya. Aku mendapat result yang teruk dalam SPM dan hanya mendapat A dalam matematik kerana itu subjek yang paling aku minat. Selepas itu aku mendapat tawaran belajar dalam diploma pelancongan tetapi tidak dapat mengikutinya di sebabkan masalah kewangan. Oleh itu aku memasuki tingkatan 6 selama 2 tahun di sekolah SMK Sg Pasir. Aku mula berubah menjadi baik dan di sekolah aku memegang jawatan sebagai ketua pengawas perpustakaan, ajk kelab badminton, kelab tingkatan 6 dan mengambil bahagian dalam sukan catur dan pingpong. Ketika di tingkatan 6 aku mengambil upah membuat burger dari pukul 5ptg sehingga 8mlm. Duit yang aku perolehi aku gunakan untuk belanja harian kerana famili aku susah, dan ayah aku tidak dapat bekerja disebabkan sakit gout dan selaput yang dialami dan kami sekeluarga hanya mengharap duit jualan kuih yang tidak sampai RM20 sehari. Oleh kerana berkat mak dan ayah aku, aku mendapat keputusan yang baik dalam STPM dengan pointer 3.58.

Selepas itu aku menyambung pelajaran aku ke UPSI iaitu universiti pendidikan sultan idris di tanjung malim , Perak. Aku mengambil bidang Pendidikan Sekolah Rendah di situ selama 4 tahun. Semasa aku belajar di situ, aku tinggal di kolej harun haminurrashid ataupun lebih dikenali sebagai KHAR. Ku sangka panas hingga kepetang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Setelah 2 semester di UPSI, aku mula mengalami masalah kesihatan yang ketara. Yang peliknya pihak klinik dan hospital tidak dapat mengesan penyakit yang aku alami ini sehinggakan aku pernah pergi ke hospital swasta tetapi tidak menunjukkan hasil. Oleh sebab sudah berputus harapan , aku mula mencari rawatan tradisional dan hasilnya menampakkan perubahan tetapi sudah terlambat kerana aku telah berhenti pengajian daripada UPSI. Selepas 6 bulan keluar UPSI, aku ingin menyambung tawaran ke politenik. Dan aku dapat tawaran dalam bidang diploma kejuruteraan elektrik tetapi, famili dan saudara mara aku membantah kemasukan aku itu kerana mereka menganggap jika masuk akan rugi kerana hanya buat diploma. Jadi aku mengambil keputusan untuk memohon IPTA bagi kemasukan bulan julai. Jadi aku memohon semula IPTA melalui kategori C iaitu lepasan diploma/setaraf. Pilihan pertama aku ialah UPM dalam bidan pendidikan bahasa melayu dan pilihan ke2 ialah UKM dalam bidang pendidikan khas. Aku berjaya dalam ujian medsi dan seterusnya berjaya dalam temuduga dalam pendidikan khas yang dilakukan di UUM sintok. Aku mendaftar di UKM pada 29hb 6 di kolej ibrahim yaakub. Aku bertekad ingin menamatkan pengajian aku kerana ini mungkin peluang terakhir aku untuk mendapatkan segulung ijazah. sekarang aku dahtahun 3..moga impian menjadi kenyataan. =)

 

 

 

kehidupan…

Posted in Uncategorized on November 6, 2010 by jol

Hanya kau sahaja biasa menentukan arah hidupmu. Memang ungkapan itu begitu sinonim dengan kehidupan kita yang semakin berganjak. Jika waktu kita kecil ataupun semasa disekolah dahulu, kita kurang melihat pada masa depan, namun jika usia sudah menjengah ke angka 20an dan belum mahu memahami ungkapan itu, maka cerahlah untuk seseorang itu untuk gelapkan masa depan nya =). Waktu sekolah dahulu, kita hanya memikirkan untuk belajar dan menghabiskan sisa-sisa pelajaran dengan cepat dengan harapan lepas spm segalanya akan menjadi bebas bagi kita semua. Mmg kita akan bebas untuk memilih kehidupan kita selepas alam persekolahan  tetapi bebas yang bagaimana. Kalo bebas dengan hanya mendapat spm cukup2 makan, itu bebas taik kucing namanya. Sbb kita hanya akan merasa kebebasan itu dan kedamaian ntuk hanya beberapa ketika kerana kita akan terkapai-kapai untuk mencari makna kehidupan yang sebenarnya selepas itu.  Bagaimana dengan keinginan dan kemahuan kita ??? kemahuan manusia pada zaman kini tidak lagi terbatas. Ianya seiring dengan perkembangan teknologi dan berkait langsung dengan dunia sejagat.

Kita mesti warnai dunia dengan tangan kita sendiri. Memang takdir sudah menentukan nasib kita dan masa hadapan kita. Namun, kita harus sentiasa mencari jln agar corak kehidupan yang kita warnai itu betul2 dapat memberikan kepuasan kepada kita. Disini aku ingin tegaskan lakukanlah perkara yang menjadi minat dan kesukaaanmu, kelak kemudian hari kamu akan dapat merasai kebahagiaan walaupun perkara yang kamu lakukan itu hanyalah bersifat kesederhanaan. Sebagai contoh, jika seseorang itu meminati dalam bidang kemahiran, lakukanlah. Sesetengah orang minat dalam bahagian itu tetapi malu untuk melaukannya sebab tidak mahu masuk IKM,POLI yang dianggap kurang standart berbanding IPTA sperti UITM,UKM,USM. Bagi aku, tempat pengajian sebegitu jgn dipandang rendah. Ianya lebih baik daripada segi pentandbiran, perjalanan pengajian. Jika hanya memasuki IPTA hanya untuk mendapat glamour, rentikanlah sbb benda itu tida bw kemana. Lepas abis blajar sudah tidak tahu nak buat apa dan kurang semnagat untuk bekerja sbb mengambil bidang yang kurang diminatinya.

Kita memiliki 8 kecerdasan yang utama. Janganlah menumpukan kepada akademik semata-mata. Banyak lagi yang boleh kita perhatiakan sperti dari segi kecerdasan ruang, matematik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, muzik, bahasa. Kita lihatlah, manusia2 yang dinilai daripada sudut kecerdasan tersebut mendominasi dunia dan menjadi jutawan. Sbegai contoh kecerdasan muzik, kita dapat lihat pada penyanyi dan pelakon seperti The beatles, siti nurhaliza, mawi, semuanya kaya raya, kinestetik bagi ahli sukan seperti ronaldo.

Hidup ini perlulah dihiasi dengan segala macam kemungkinan yang kita tidak tahu bagaimana bentuknya datang dan tiba. Dengarkanlah pesanku wahai sahabat semua, kita boleh corakkan kehidupan kita dengan sebaiknya dengan mengikut gerak hati dan kemahuan kita. Janganlah lakukan sesuatu itu hanya unutk mendapat kebahagian ataupun penghargaan untuk suatu masa yang singkat. Saya nyatakan begitu sbb nnt apabila umur kita menjangkau 50an dan keatas kita akan mula menilai perjalanan hidup kita. Jika dirasakan kurang kedamaian bertakhta dihati, maka kita akan merasa ingin sahaja kembali ke masa silam untuk mengubahnya. Pada masa itu, segalanya sudah terlambat kerana putaran masa sudah tiada berlaku. Kita akan kecewa. Jika sahabat tidak percaya, shabat tunggulah di umur sebegitu, dan ingatlah kembali kata-kata saya ini “Hanya kau sahaja biasa menentukan arah hidupmu”.

 

JANGAN BANGGA…

Posted in Uncategorized on August 22, 2010 by jol

jgn bngga dgn armoda n armani krn pakaian terkhir kta adlh kain kapan..
jgn bngga dgn mobil n motor krn knderaan terkhir kta adlh keranda..
jgn bngga dgn rumah n istana y ada krn tmpt p’istirahatan kta dlah liang lahad..
jgn bngga dgn artis n menteri y kta jmpa krn mungkar dan nakir menanti kta di dlm sna…
jgn bngga dgn pangkat n darjat y kta ada krn di sna kta adlh sma…

kelakau tak ingat…

Posted in Uncategorized on August 18, 2010 by jol

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada

jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.

Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

teman…

Posted in Uncategorized on August 14, 2010 by jol

Teman!!!rakan!!!Sahabat!!! Satu ungkapan yg begitu sinonim dengan kehidupan kita seharian. Kita tak akan dapat menjalani kehidupan dengan sendirian..semestinya kita memrlukan teman..samada teman sekolah, sekampung, teman tapi mesra ataupun teman special…heheh..orang yang hidup tanpa teman ini ibarat katak dalam tempurung sahaja..khayal dalam dunianya sendiri…tak menghiraukan keadaan sekeliling..org macam ni lebih baik dihantar je ke planet yg takde org tu..hahah

Arini dah 4 ramadhan…tapi arini aku berbuka sorang diri…warghhh…semua housemate aku balik kg…xpela,nak wat camne kan…huhuhu…okay, berbalik pada soal teman td…bagi aku teman ni penting sgt dalam kehidupan…tp kita kena pandai pilih teman, tersilap pilih diri kita yg terjerat…kalo kena gayanya, teman itu akan sentiasa memberikan kita kesenangan dan kebahgiaan…konflik bg pemilihan teman ini selalunya bermula seawall usia tadika…kiranya dalam operasi konkrit la…kita semahunya sentiasa ingn melakukan apa yang kita rasakan hebat seperti yang dilakukan oleh teman kita. Walaupun seawall usia itu, kita masih belum dapat memikirkan abstrak dan baik buruk perbuatan itu, tapi org yg lebih berusia perlulah memainkan pernan yang lebih dalam hal ini.

Kebiasaannya konflik teman dalam kehidupan kita yang kritikal berlaku pada awal remaja iaitu ketika usia memasuki sekolah menengah…jika tak silap aku, dalam teori erikson di peringkat 5 identiti vs kekeliruan peranan. Sebab itu kita tengok, kebanyakan pelajar yang bermasalah disebabkan kekeliruan dirinya dalam mencari teman seusia itu. Ibu bapa seharusnya lebih mengawasi anak-anak pada usia itu. Sebagai contoh kat sini aku bagi satu situasi la…

‘sahril sorang pelajar usia 13 thn…family dia okay…beragama…ttp disekolah , die kurang daripada segi akademik…kalo dah kureng tu, maknanya klas blakang2 la kan…selalunya klas blkg2 ni ramai bdak2 nakal…oleh sbb dh selalu bersama rakannya itu, die terpaksa join apa saja aktivti yg dilakukan oleh kwn2nya itu, maybe ponteng klas, merokok dsbnya..ttp perangainya dirumah berlainan sekali berbanding perngainya ketika disekolah…kat umah die baik sgt’

Dlm situasi itu kita dpt lihat kekeliruan yg sahril alami..jd baik dirumahnya sbb family die baik2 ttp di sekolah wataknya bertukar sebaliknya sbb ikuti rakan2nya yg lain…so, ibu bapa kat luaq sana selalulah tgkkan anak2 ketika tahap 5 ni ye..hehe

Teman juga seorg manusia dan semestinya manusia mempunyai perasaan dan berjiwa sensitive. Aku pernah terbaca satu artikel ttg sahabat…lebih kurang macamnila ceritanya…aku ringkaskan jela…

‘fahmi dan din kwn baik…tp pd satu hari depa ni berkelahi disebabkan din tertumpah air ke atas buku kesayangan fahmi…depa bertengkar sakanla…dekat 2 minggu tak bercakap,walaupun din telah mengakui kesilapannya dan meminta maaf tapi fahmi ni degil, keras kepala…xnak terima…fahmi sanggup tulis dalam diari die ttg kesalahan yang din telah lakukan itu…Slepas bebrapa lama, mereka dah berbaik…satu hari, fahmi clash dgn awek die..ttp dgn bantuan din…die dapat berdamai kembali dgn awek die…din telah melakukan kebaikan tetapi fahmi tidak mecatatkannya di dalam diarinya seperti mana die mencatatkan kesalahan yg din lakukan sebelum itu…din tahu ttg segala apa yg ditulis dan dicatat oleh fahmi itu…din tidak rasakan dirinya spt tidak dihargai oleh fahmi kerana die ikhlas menolongnya…satu hari, fahmi telah lakukan kesalahan tetapi din tidak pula menulis dalam diari ttp apabila fahmi lakukan kebaikan terhadap din, dia sentiasa akan menulis dalam diarinya…fahmi ada bertanyakan hal itu kepada din..ttp din menjawab, aku tidak mahu mengingati sebarang keburukan yg dilakukan oleh teman aku tp aku akan sentiasa mengingati kebaikan yang dilakukannya’

Okay tak citer aku…haha…ntahla hangpa paham ke tak…tp the moral of story…kita sntiasala berbuat baik pd teman kita…nobody is perfect…jika ada kesalahan jgnla disimpan…sntiasala maafkan org lain =)

KEHILANGAN…

Posted in Uncategorized on August 9, 2010 by jol

Aku dikejutkan oleh bunyi telefon bertalu2 pada pagi 3hb april 2010…rupa2nya ayah aku yang menelefon padaku…nada suara ayah aku cakap lain semacam…’ang tau tak adik ang masuk spital, depa nak waris dtg ppum dgn segera sbb nak bincang, ang pi cepat’…aku terkejut, tak sangka adik aku yg sebelum ni sihat tetiba masuk hospital..malapetaka apa pula melanda lagi…au pon bergegas mandi and bonceng motor ke rumah pakteh aku kat cheras..nak ajak die g hospital sbb aku tak tau jln…smpai umah die, terus aku aku ngan pakteh aku pecut kereta g ppum. Smpai di ppum, aku ke bahagian wad kecemaan dan trauma. Lepasperkenalkan diri, depa bw aku ke dalam bilik tersebut…ramai pesakit yg kritikal ketika itu…aku mencari mana adik aku berada…rupa2nya die berada di katil tengah tempat aku berdiri…aku terkejut tgk keadaannya…tak sangka leh jd smpai begitu skali…aku tgk bdn die menggeletar teruk…die nak bernafas pon tersekat2 smpai terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan…dktor terangkan pada aku, skang depa syak adik aku terkena jangkitan kuman tp masih belum tau kuman ape…mengalir air mata aku melihat keadaan adik aku.. aku segera telefon ayah aku di kampong…sbb para dktor cakap nak amik air tulang belkang untuk kesan kuman apakah yang menyerangnya.

Ayah aku relakan je kalo itu jalan terbaek untuk selamatkan nyawanya…ayah dan mak aku terus otw dr kg ke kl…aku sruh mereka trun di kajang sbb jln tak jem sgt…nnt aku akan tnggu depa di hentian kajang. Smpai je mak ayah aku lm tu kat kl terus g ppum…masa tu adik aku dh dipindahkan ke tngkat 5 bhagian neurosains. Adik aku Nampak aku and tetiba dia tetiba bersuara sruh dtg padanya…maybe die sedang menahan sakit. Tapi slepas aku g padanya terus die meracau2 dalam bahsa yg tak difahami. Dktor sahkan adik aku mengidap TB Meningitis. Tetapi disebabkan tb itu tdak dapat dikesan pada peringkat awal, maka dirinya telah menjadi teruk kerana kuman itu telah ‘block’ saluran air di kepala dan menyebabkan bengkak dan tersumbat. So doctor nak wat operation untuk buang air yg tersekat itu.

Hari2 berikutnya, keadaannya beransur pulih selepas pembedahan kali pertama dilakukan. Oleh kerana aku ada exam 4 paper direct, so aku tak g melawat dal semnggu. Sblum exam aku ada jmpa dengan die. Masa tu die dah boleh cakap dan kenal org. die pesan kat aku ’jwb exam baik2,and bertanyakan mengapa aku dtg sekejap saja?’…aku bknnya sengaja mahu sekejap je melwat die ttp dktor tak bg aku msuk lama sebab die ada TB takut berjangkit padaku…aku cakap pada die agar doa bnyk2.

Smnggu lepas tu aku g melawat die, aku terkejut…keadaan die yang makin pulih tetiba menjadi kritikal…tekanan darah rendah…operation dah 4 kali dijalankan di bahgian kepala. YaAllah…aku tak sanggup nk mendengarnya…ayah aku taknak bgtau aku pasal operation yg ke 2, 3 dan ke 4 kali tersebut sbb takut exam aku terganggu. Adik aku dimasukkan ke bahgian icu selama lebihkurang 2 mnggu…dktor bgtau harapan untuk die skang tipis dan kalo die hidup keadaannya tidak akan seperti sediakala.

Slepas 2 bulan aku dan family aku ulang alik kl kedah, dktor sana mengatakan ingin menukar adikku ke hospital sg petani sbb kesian melihat keadaan ayah and mak aku yang dah uzur berulang alik. Syukur sgt, maybe di hospitak sg petani akan lebih senang untuk menjaganya.

1hb 7 adik aku ditukarkan ke hospital sg petani dengan menaiki ambulans dari ppum. Depa sampai kat hospital sg petani pukul 1 ptg dan terus masukkan ke wad bunga raya di tingkat Sembilan. Aku dan family aku terus bonceng motor ke hospital Walaupun dalam keadaan ujan yg lebat..smpai hospital semua lencun. Smpai di hospital pak guard tak bg masuk sbb die kata bukan waktu melawat. Aku ngan ayah aku bertekak cakap takkanla sorang waris pon takleh gak..akhirnya depa benarkan juga masuk , itupun ayah aku sorang…dalam hatiku memaki sbb begitu ke layanan kepada tetamu.

Oleh kerana basah so aku balik dlu dan dtg semula ke hospital pukul 6 ptg.  Masa aku smpai tu aku lihat ramai sedara aku yg dating. Aku tgk keadaan adik aku laen macam. Depa tak masukan air langsung kedalam badannya gunakan tiub. Ketika di ppum depa bagi air untuk kuatkan anggota badan die. Susu yg dibekalkan juga tidak diberikan dan Nampak keadaan adik aku makin tenat sebb kahak menutup nbhagian lubang di leher yang adik aku gnakan untuk bernafas.

Mak aku kata nak jaga so kami semua balik dlu. Ms aku balik aku dgr suara yasin mendayu je…lgpun masa tu malam jumaat. Hatiku dah rasa lain macam. Aku singgah jap makan nasi kandaq sbb lapar sgt. Smpai je umah..dalam  pkol 9 lebih tetiba hp ayah aku dikjutkan oleh panggilan daripada hospital mengatakn  adik aku telah kemabali ke rahmatullah…aku terkejut sgt, ingtkan die dah makin okay sjak tukar ke hospital sg petani tetapi keadaan sebaliknya pula berlaku. Keluarga aku pasrah sahaja. Mungkin ah ketentuannya. Lagipon, die pergi di malam jumaat. Masa ml tu ujan trun lebat sehingga ke awal pagi. Pukul 7 pagi ujan berhenti dan mendung sehinggalah arwah adik aku selamat dikebumikan.

Kini tingal la aku 3 beradik. Aku sedih sbb arwah adik aku yang apling rapt denganku…kalo aku ada masalah dengan gf aku, dia yang banyak tnyakan…die suka sgt aku kapel dgn awek aku skang…yang lagi aku sedih masa mlm sblum die sakit tu die ada menelefon mak aku bgtau’ sok die nak mntak aku bwkan die buah sbb die teringin nakmkn tp tak sempat nak ucapkan pada aku’….apapun ALFATIHAH kepada allahyarhamah norazimah binti awing…kami disini sentiasa doakan roh adik dicucuri rahmat. Terima kasih juga kepada kawan2 die yang bnyak lawat die sepanjang die sakit…pihak jabatan geo um…dktor dan nurse di ppum,pensyarah2, dekan2, sedara2 aku, anum dan sesiapa sahaja…thaks a lot

fakta-fakta menarik dunia…

Posted in Uncategorized on April 27, 2010 by jol

saja boring2, so aku cari la…hahahh

nah, hangpa semua bc la fakta2 kat dunia ni walaupun kadangkala fakta tu cam peli je..tp tula keajaiban Allah didunia ini..semua dibwh ni la faktanya..selamat mbc =)

1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)

2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.

7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4

14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm

15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

21. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

23. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

25. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

26. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

28. Unta punya 3 kelopak mata.

29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

30. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik

32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya

33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

34. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki

35. 13% orang di dunia adalah kidal

36. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan

37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata

39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri

40. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.

41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.

47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya

48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.

49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

51. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing

52. Nombor “172″ boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu

54. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.

55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun

56. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.

57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

58. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam

59. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.

60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.

62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori

63. Darah sama pekat dengan air laut

64. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik

65. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih – mereka kekurangan modal.

66. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

67. 1 bayi lahir setiap 7 saat

68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17

69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.

70. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

71. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit

72. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya.
73. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum

74. Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi

75. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.

76. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria

77. Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.

78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau

79. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun

81. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land

82. Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis

83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

84. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara

85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

87. Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

88. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

89. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata

90. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri ari perpustakaan

91. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah

92. Coca-Cola dulu berwarna hijau

93. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit

94. Semua beruang kutub kidal

95. Kelelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua

96. Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”

97. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat

98. The Michelin man (figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

100. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.

101. Sekitar 14% penagih yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.

102. Kalimah yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut “palindrome” .

103. Siput boleh tidur selama 3 tahun

104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata

105. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggeris daripada orang di Amerika

106. Kerana pengaruh putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya daripada kearah timur

107. Satu dari 9000 orang menderita albino

108. Keursi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi

109. Kita menyambut ulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia

110. Setiap manusia dalam seumur hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu

111. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun

112. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10

113. Gigi memerang tak pernah berhenti tumbuh

114. Kelalawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang

115. Jika patung Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar 215cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal

116. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.

117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam telinga 700 kali lebih cepat.

118. Seekor Babun bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama

119. Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandsanya.

120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit

121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.

122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata

123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.

124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.

125. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan

126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari

127. Umur pepatung (dragonfly) adalah 24 jam

128. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.

129. Memrlukan waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari yang paling bawah sampai ke hujung kuku.

130. Daya ingatan ikan hanya 3 saat

131. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.

132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.

133. Beruang dewasa boleh lari sepantas kuda

134. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia

135. Obur-obur terdiri dari 95% air

136. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam

137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna

138. George Washington Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)

139. Tikus dan kuda tidak boleh muntah

140. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.

141. Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.

142. Winston Churchill lahir di toilet wanita pada waktu majlis tarian

143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag

144. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)

145. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis

146. Coklat mencair dalam mulut karena titik cairnya adalah 35 darjah celcius

147. Tisu tandas dicipta pada tahun 1857

148. Lembu tidak mempunyai gigi atas

149. Hedenophobic bermaksud takut akan kesenangan.

150. Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.

151. Buaya tidak boleh menjelirkan lidah.

152. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming

153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga

154. Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus

155. Seorang rakyat Amerika mengambil kafein secara purata setahun di dalam jumlah yang boleh membunuh seekor kuda.

156. Seorang manusia boleh hidup selama 11 hari tanpa air.

157. Agen rasa kupu-kupu ada dikakinya

158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap

159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya

160. Tapak sulaiman tidak punya otak

161. Setiap manusia punya telinga yang berbeza

162. Kebanyakkan bahan besi di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.

163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit

165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)

166. RSVP adalah Respondez S’il Vous Plait yang artinya ‘mohon jawapan’

167. Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu

168. Ikan emas yang bunting disebut ‘twit’.

169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir

170. Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang

171. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

172. Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam

173. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.

174. Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah “jiffy”

175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil

176. Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat

177. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer

178. Hamster sangat suka makan cengkerik

179. Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.

180. Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.

181. Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras

182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 minit berperang.

183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor

184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji.

185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.

186. Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.

187. Kuda Nil kentut melalui mulut.

188. Shakespeare ialah orang yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”

189. Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia

190. Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.

191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.

192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militari untuk General Purpose.

193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal

194. Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas sebanyak 20kg

195. Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam

196. “Quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

197. Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.

198. Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

199. Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja – A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W – yang dipanggil okina.

200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

201. David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).

202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.

203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen

204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.

205. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan

206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat dicium dalam nafas kita.

207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan tinggi kita.

208. Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya

209. Di dalam filem Silence of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.

210. Di jepun, warung kopi disebut ‘Kissaten’.

211. Merebus telur burung unta memerlukan waktu 40 minit.

212. Jaguar takut pada anjing

213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari

214. Johnny Deep takut pada badut

215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.

216. Dalam golf, ‘Bo Derek’ adalah istilah untuk nilai 10.

217. Iceland mengambil Coca-cola perkapita lebih daripada lain-lain negara.

218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu

219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris.

220. Di Itali, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama ‘Topolino’

221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.

222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.

223. Nyamuk lebih suka kanak-kanak daripada orang dewasa.

224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati

225. Rata-rata manusia bergerak 40 kali dalam tidurnya

226. Dalam bahasa Inggeris, ‘Naked’ artinya tanpa perlindungan.

227. Broccoli dan kubis bunga adalah sayuran yang berupa bunga.

228. Bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.

229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangunkan Taj Mahal.

230. Dalam kajiselidik terhadap 200,000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satu pun yang menguburkan kepalanya dalam tanah.

231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

232. Shuttlecock untuk badminton harus mempunyai 14 bulu.

233. Mutiara boleh larut dalam cuka.

234. Babi tidak boleh berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.

235. Venus dan Uranus adalah planet di tata suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.

236. Microwave dicipta setelah seorang ilmuan yang berjalan melalui tabung radar mendapati coklatnya meleleh disakunya.

237. Ikan yu kebal terhadap kanser

238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen

239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.

240. Kita boleh menghela lembu naik tangga, tapi tidak boleh menghela mereka turun tangga.

241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND.”

242. Kapal Cruise Queen Elizabeth 2, hanya bergerak sebanyak 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakar.

243. Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.

244. Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram

245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung.

246. Penguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (Garisan tengah bumi).

247. Kebanyakan orang boleh mendengar lebih baik dengan telinga kanan

248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya

249. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.

250. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita

mancing time…

Posted in Uncategorized on April 27, 2010 by jol

Aduhh…apa nak buat arini ye..boring bangat..tetiba rasa nak g mancing je..dah lama aku tak pi nie..lagipon cuti u ada seminngu…dah alang2 kat kampong nie, g mancing jela, dah balik u nnt dah tak tau nak mancing kat mana..asyik mancing dalam bilik je smbil kuar air liur basi tu…hahahha…ptg tu gak bang man sruh buka stall bger…ahhh, dia nie kalo nampak aku ada kat umah, mmg tiap2 hari pi umah aku…ajak mancing la, pi mkn la…pastu mlm2 sruh jaga stall bger die..huhuh..tp bgus gak leh mkn bger free pastu dapat gaji harian lagi..hehehhe..tp arini aku mls nak g niaga , aku nak pi mengai…tghari tu aku ajak  yazid cousin aku tu pi mengain pi beli cengkerik, so dia pi la pekan SP tu nak beli cengkerik pi cari kat kedai ikan…pastu die kol ‘woi, cengkerik takdak, ulat adala, nak tak’…ceh, dah la salam tak bg kol aku pastu cakap cengkerik abislak, nak gna ulat tu taknak la aku, x best la umpan tu..xdak umppph…aduh rasa cam tak jadi je gi mancing…aku sruh die pi cari lagi kat kedai laen…aku bg peta 2, 3 kedai laen yg jual cengkerik…tp pastu die kol lg, kata dah abis la…esok baru ada apek tu bgtau,kata yazid…alaa. Esok nak buat pa, aku nak mancing arini…pelik toll eh abis, depa nie beli cengkerik buat goreng makan ngan nasi kea pa smpai leh abis kat semua kedai..huhuh…Pastu,aku ajak dia mai umah aku dlu, satg pikiaq len nak gna umpan apa…pastu dia mai la ngan moto LC baru dia tu…cewah, mentang2 aku x ckup duet nk beli LC, dia melaram abis depan aku…xpa2, nnt ang aku tunjuk motor aku.

Pikiaq punya pikiaq last2 wat decision gna jela umpan cacing…yerkkk, bg sesetengah org la..heheh..tp aku dh biasa ngan cacing2 nie…dlu ms kecik2, slalu aku pi korek cacing belankang umah wat mancing ikan haruan blkg umah…umpan cacing nie ok cket, sbb liat and ikan pon susah nak cubit2 isi die tu sket2…kalo gna cengkerik kena tgk slalu, kalo tak tengok slalu mancing tu, alamatnya bg mkn free kat ikan jela sbb nnt ikan2 kecik akan  mkn sket2 pastu abis…cerita pasal umpan cacing ni, aku teringat member aku jauharil…joe ni mnat mancing, tp kalo bab letak umpan kat mata kail die serender… dia akan cakap “wei, pakya..tolng la aku msukkan cacing dlm mata kail nie, aku geli la”..ceh, pegang cacing pon geli..cam pondan…hehhe…ok berbalik pada umpan cacing td..lepas dah decide, aku sruh yazid pi korek dlu kat blkg umah aku sbb aku nak solat jap…lepas solat aku pi tgk bnyak mana dah dia korek…tp baru 2, 3 ekor…hahahha..apala ang ni yazid, korek dekat 15 mnit dah…dia kata “ala, ni umah ang, kalo aku korek cacing tu tak mau kuar, dia nak tuan umah korek”..hahah…statement takleh blah..aku korek la…tp aku korek kat tempat laen..dia korek kat kwsan tak berair mmg la susah nak ada cacing..aku korek kat tepi pokok keladi and tepi parit, tempat yang tanah die basah2 sket..haaa..skali korek belambak cacing..ambik ang,td cakap takdak sgt..heheh

umpan terbaik: cacing n cengkerik

Dalam ko 4 tu aku ngan yazid gerak g kat tali air kat hujung sawah..jauh gak so naek motor jela…tali air tu air die payau sbb bsebelahan dgn hutan paya bakau tp org g situ sbb tmpat die tersorok sket…lgpon bahaya sbb ada binatang buas banyak cam babi hutan, ular tedung selar, harimau akar, biawak…penah masa aku pi sket ms dlu, aku tetiba dgr bunyi babi mengeruh..bnyi die lebih kurang camni la…ngohhhhh..ngohhhh…kuat lak tu…kecut perut gak la..huhuhu..pastu aku penah jumpa biawak besar kat situ..ms tu aku ngah mancing ngan bangman…aku g kat bahgian kiri, bangman kat belah kanan…ms ngah jln2 tu, nmpak pokok2 bergerak..ingtkan apa, rupanya biawak..besar gler…dalam 2 meter..terkejut aku..1st time tgk biawak besar tu…aku baling la batu kat die..tapi die x lari…die kalih bdan tenung aku..mula2 tu aku balas renungan biawak tu balik la tp kejap jela..pastu aku buang kasut lari terus…hahah..pastu aku crita kat bangman..dia kata tu buaya la…aku ckap balik, biawak la..x nampak cam buaya lgsung…cam la aku tak kenal buaya ngan biawak camne…huhu

Okay, smpai je kat kwsan tu, hati agak tkilan sbb  air dlm tali air tu kurang la…maybe sbb kemarau pastu kami datang time air laut surut…air laut surut pasang pengaruhi keadaan air dlm tali air tu sbb air dr tali air tu bnyak yg dtg dr paya bakau..tapi takpe, rasanya ada je ikan nie…yazid mancing kat depan, aku gerak pegi kat bahgian hujung…punyala panas smpai buka baju gak la..huhuhu…mancing dalam sejam, yazid kol..ms tu dlm kol 4 lebih..die Tanya kat kwsan aku bnyak ikan tak..aku kata ikan tak kuar lagi dr sarang tak mau mkn lagi..maybe ngah tgk spongebob kot..huhuh..takpa2 kita tnggu lagi…aku umah lokasi ambik kat persimpangan cabang jalan tu…wah..berhasil..puyu pertama dinaikkan..lepas tu satu persatu ikan puyu dinaikkan…maybe die tgh lapar kot..hehhe…dapatla dlm sepuluh ikan..tp tak sebanyak kalo gna cengkeri..kalo gna cengkerik leh dapat sampai 20-30 ekor ngan ikan haruan lagi…tp nak wat camne…cengkerik takde..huhuh..apa2 pon puas la gak mancing..next time nak g mancing lg…heheh…takpe cuti sem nnt la..oraittt