kehidupan…

Hanya kau sahaja biasa menentukan arah hidupmu. Memang ungkapan itu begitu sinonim dengan kehidupan kita yang semakin berganjak. Jika waktu kita kecil ataupun semasa disekolah dahulu, kita kurang melihat pada masa depan, namun jika usia sudah menjengah ke angka 20an dan belum mahu memahami ungkapan itu, maka cerahlah untuk seseorang itu untuk gelapkan masa depan nya =). Waktu sekolah dahulu, kita hanya memikirkan untuk belajar dan menghabiskan sisa-sisa pelajaran dengan cepat dengan harapan lepas spm segalanya akan menjadi bebas bagi kita semua. Mmg kita akan bebas untuk memilih kehidupan kita selepas alam persekolahan  tetapi bebas yang bagaimana. Kalo bebas dengan hanya mendapat spm cukup2 makan, itu bebas taik kucing namanya. Sbb kita hanya akan merasa kebebasan itu dan kedamaian ntuk hanya beberapa ketika kerana kita akan terkapai-kapai untuk mencari makna kehidupan yang sebenarnya selepas itu.  Bagaimana dengan keinginan dan kemahuan kita ??? kemahuan manusia pada zaman kini tidak lagi terbatas. Ianya seiring dengan perkembangan teknologi dan berkait langsung dengan dunia sejagat.

Kita mesti warnai dunia dengan tangan kita sendiri. Memang takdir sudah menentukan nasib kita dan masa hadapan kita. Namun, kita harus sentiasa mencari jln agar corak kehidupan yang kita warnai itu betul2 dapat memberikan kepuasan kepada kita. Disini aku ingin tegaskan lakukanlah perkara yang menjadi minat dan kesukaaanmu, kelak kemudian hari kamu akan dapat merasai kebahagiaan walaupun perkara yang kamu lakukan itu hanyalah bersifat kesederhanaan. Sebagai contoh, jika seseorang itu meminati dalam bidang kemahiran, lakukanlah. Sesetengah orang minat dalam bahagian itu tetapi malu untuk melaukannya sebab tidak mahu masuk IKM,POLI yang dianggap kurang standart berbanding IPTA sperti UITM,UKM,USM. Bagi aku, tempat pengajian sebegitu jgn dipandang rendah. Ianya lebih baik daripada segi pentandbiran, perjalanan pengajian. Jika hanya memasuki IPTA hanya untuk mendapat glamour, rentikanlah sbb benda itu tida bw kemana. Lepas abis blajar sudah tidak tahu nak buat apa dan kurang semnagat untuk bekerja sbb mengambil bidang yang kurang diminatinya.

Kita memiliki 8 kecerdasan yang utama. Janganlah menumpukan kepada akademik semata-mata. Banyak lagi yang boleh kita perhatiakan sperti dari segi kecerdasan ruang, matematik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, muzik, bahasa. Kita lihatlah, manusia2 yang dinilai daripada sudut kecerdasan tersebut mendominasi dunia dan menjadi jutawan. Sbegai contoh kecerdasan muzik, kita dapat lihat pada penyanyi dan pelakon seperti The beatles, siti nurhaliza, mawi, semuanya kaya raya, kinestetik bagi ahli sukan seperti ronaldo.

Hidup ini perlulah dihiasi dengan segala macam kemungkinan yang kita tidak tahu bagaimana bentuknya datang dan tiba. Dengarkanlah pesanku wahai sahabat semua, kita boleh corakkan kehidupan kita dengan sebaiknya dengan mengikut gerak hati dan kemahuan kita. Janganlah lakukan sesuatu itu hanya unutk mendapat kebahagian ataupun penghargaan untuk suatu masa yang singkat. Saya nyatakan begitu sbb nnt apabila umur kita menjangkau 50an dan keatas kita akan mula menilai perjalanan hidup kita. Jika dirasakan kurang kedamaian bertakhta dihati, maka kita akan merasa ingin sahaja kembali ke masa silam untuk mengubahnya. Pada masa itu, segalanya sudah terlambat kerana putaran masa sudah tiada berlaku. Kita akan kecewa. Jika sahabat tidak percaya, shabat tunggulah di umur sebegitu, dan ingatlah kembali kata-kata saya ini “Hanya kau sahaja biasa menentukan arah hidupmu”.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: