alkisahku…

Nama diberi Faizol bin Awang. Dilahirkan pada 10 mei 1986 di sebuah kampung yang diberi nama Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah. Nama mak aku ialah Fauziah Bt Ahmad dan ayah aku pula ialah Awang Bin Che Mat. Aku anak sulung daripada 4 orang adik-beradik dan aku merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga ini. Mengikut mak aku, nama aku iaitu Faizol itu diberi selepas melihat nama pembuat tonik(sejenis ubat tradisional) yang terkenal pada masa itu di Kedah. Aku membesar dengan persekitaran kampung. Di belakang rumah aku terdapat sawah padi atau orang utara memanggilnya bendang. Aku juga banyak bercampur dengan orang yang lebih tua kerana  pada masa itu sepupu aku kebanyakan mereka berumur melebihi 5 tahun daripada umur aku. Sebelum memasuki tadika aku selalu mengikut mereka menangkap ikan di bendang terutamanya ketika musim mengambil padi. Ikan pada waktu itu sungguh banyak terutamanya ikan seperti haruan, keli, sepat dan puyu. Kami akan beramai-ramai mengikut mesin padi dibelakang mesin tersebut. Ketika itu, suasana seperti pesta menangkap ikan dan penduduk kampung akan berkumpul melihat gelagat anak-anak kampung. Selalunya selepas pulang daripada menangkap ikan dan ’berkubang’ di dalam selut tersebut, di hadapan pintu masuk rumah akan tercegat ayahku memegang rotan kerana dan selepasa sampai je di hadapan pintu, akan berbiratla badanku ini.

Selepas itu, mak aku pula akan membebel kerana bajuku habis kotor…he3…selepas musim mengambil padi berlalu, akan pula musim orang bermain wau ataupun layang-layang. Aku dah pandai buat wau sendiri ketika umurku masih belum mencapai peringkat tadika. Semuanya kerana diajar oleh sepupu aku. Kami akan mencari buluh ataupun lidi dan akan sama-sama mencipta layang-layang yang bentuk berlainan daripada biasa. Selain itu, terdapat juga musim lain seperti musim bermain gasing dan bermain guli, ketika itu semua budak-budak kampung  akan membeli guli dan gasing. Bila teringat kembali nostalgia lama terasa pula rindu dengan kehidupan lalu.

HOBI

 

Aku begitu meminati sukan bola sepak dan itu adalah hobi aku semenjak kecil lagi. Aku sering bermain bola sepak ketika waktu lapang. Aku juga akan mengunjungi stadium jika pasukan pilihan aku iatu kedah atau diberi nama jolokan sang kenari beraksi di padang. Bagi aku sukan ini begitu apabila melihat skil yang dipamerkan oleh pemain. Pemain idola aku ialah david beckham. Bagi aku beliau begitu memiliki skil yang tinggi terutamanya dalam membuat hantaran kepada pemain yang lain. Selain itu, aku juga begitu meminati hobi memancing. Jika ada kelapangan aku selalu pergi memancing dengan rakan-rakan aku. Lokasi yang kami selalu pergi ialah pantai merdeka. Sealunya kami akan bermalan di pantai itu dan akan pulang ke rumah keesokan harinya. Ikan yang kami selalu dapat apabila pergi meamncing ialah ikan tanda(anak kepada jenahak), ikan gelama, ikan duri dan pelbagai lagi spesies ikan. Jika tidak ke pantai, aku akan memancing dikawasan sawah padi. Ikan yang selalu dipancing dikawasan itu ialah spesies ikan darat iaitu haruan, keli, sepat, puyu dan temekung. Ikan ini selalunya dijual terutamanya spesies ikan haruan harganya antara RM10 keatas bagi sekilo. Jika diberi peluang nanti aku bercita-cita ingin membuat kolam ternakan ikan dan itu adalah salah satu perancangan masa depan aku kerana aku begitu meminati ternakan ikan. Selain itu, antara aktiviti lain yang dilakukan pada masa lapang ialah bermain badminton, ping pong dan lain –lain lagi.

PENDIDIKAN

 

Aku mula memasuki alam persekolahan ketika umurku 6 tahun dengan memasuki Tabika Kemas. Waktu persekolahannya dari pukul 8-11.30 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan hanyalah menyanyi, main dan mengenal abjad dan huruf-huruf. Tetapi yang paling bestnya adalah ketika waktu makan..he3…selepas setahun aku di Tabika, aku pun memasuki sekolah rendah. Sekolah rendah aku ialah SK Sungai Pasir. Aku sekolah situ selama enam tahun. Masa sekolah rendah aku sering terlibat dengan aktiviti sukan dan memang minat aku terhadap sukan sehingga aku tidak ambil kisah dengan aktiviti pembelajaran. Aku akan tidak masuk ke kelas jika waktu bahasa inggeris kerana takut dengan cikgu subjek itu. Kalo tidak silap aku namanya Cg Jeevaratnam dan rakan-rakan aku akan memanggilnya dengan panggilan ’lima darab enam’..he3..cikgu ni mmg brutal walaupun perempuan. Aku penah lihat kawan aku ditampar olehnya kerana tidak dapat menjawab soalan, sehingga berdarah hidungnya. Berbalik kepada aktiviti sukan, aku telah mewakili negeri Kedah dalam pertandingan jogathon tetapi aku kalah teruk. Masa itu aku baru memasuki darjah 4, sedangkan rakan-rakan yang sama mewakili kedah telah darjah enam. Selain itu, aku dari darjah 4 hingga 6 telah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak peringkat Kuala Muda\Yan. Jika ada hari sukan , aku akan memasuki banyak acara dan akan menggondol banyak pingat. Oleh sebab terlalu bersukan akhirnya keputusan UPSR aku begitu teruk tetapi aku waktu itu langsung tidak berasa kecewa kerana aku belum mengetahui apa fungsi pelajaran sebenarnya.

 

Aku menyambung pelajaran aku ke tingkatan 1 di sekolah SMK Sg Pasir. Sekolah aku itu bersebelahan dengan sekolah rendah aku dulu. Sekolah ini boleh dikategorikan sebagai kategori luar bandar tetapi terkenal kerana sekolah ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan sekolah berkualiti anjuran pendidikan Malaysia bagi kategori sekolah luar bandar. Selain itu, sekolah ini terkenal dengan sukan sepak takraw sehingga pernah beberapa kali johan antara regu dan berpasukan bagi negeri kedah dan juga bagi peringkat kebangsaan. Ketika di tingkatan 1, aku diletakkan di kelas 1 F @ 1 Fizikal. Kelas ini agak kebelakang kerana susunan kelas mengikut abjad. Selepas itu, aku memasuki tingkatan 2 dimana semua pelajar didalam kelas itu lelaki. Boleh dikatakan aku iaitu kelas 2 F mempunyai tahap disiplin yang teruk kerana ramai ’otai’ sekolah ada kat kelas ni. Tapi masuk tingkatan 3 aku di tukarkan ke kelas 3A mungkin disebabkan prestasi pelajaran aku meningkat. Masa di kelas tu aku dilantik menjadi ketua kelas. Selepas result PMR keluar, aku berasa agak kecewa kerana result aku sederhana berbanding rakan-rakanku yang lain. Selepas itu, aku meminta ingin memasuki sekolah teknik dan aku berjaya. Aku mengambil pengkhususan dalam bidan kejuruteraan awam.

 

Di sekolah itu, aku menjadi malas belajar dan hanya memikirkan cara untuk berseronok. Aku bergaul dengan budak nakal sehinggakan aku belajar menghisap rokok dan mula ponteng sekolah. Akibatnya. Aku mendapat result yang teruk dalam SPM dan hanya mendapat A dalam matematik kerana itu subjek yang paling aku minat. Selepas itu aku mendapat tawaran belajar dalam diploma pelancongan tetapi tidak dapat mengikutinya di sebabkan masalah kewangan. Oleh itu aku memasuki tingkatan 6 selama 2 tahun di sekolah SMK Sg Pasir. Aku mula berubah menjadi baik dan di sekolah aku memegang jawatan sebagai ketua pengawas perpustakaan, ajk kelab badminton, kelab tingkatan 6 dan mengambil bahagian dalam sukan catur dan pingpong. Ketika di tingkatan 6 aku mengambil upah membuat burger dari pukul 5ptg sehingga 8mlm. Duit yang aku perolehi aku gunakan untuk belanja harian kerana famili aku susah, dan ayah aku tidak dapat bekerja disebabkan sakit gout dan selaput yang dialami dan kami sekeluarga hanya mengharap duit jualan kuih yang tidak sampai RM20 sehari. Oleh kerana berkat mak dan ayah aku, aku mendapat keputusan yang baik dalam STPM dengan pointer 3.58.

Selepas itu aku menyambung pelajaran aku ke UPSI iaitu universiti pendidikan sultan idris di tanjung malim , Perak. Aku mengambil bidang Pendidikan Sekolah Rendah di situ selama 4 tahun. Semasa aku belajar di situ, aku tinggal di kolej harun haminurrashid ataupun lebih dikenali sebagai KHAR. Ku sangka panas hingga kepetang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Setelah 2 semester di UPSI, aku mula mengalami masalah kesihatan yang ketara. Yang peliknya pihak klinik dan hospital tidak dapat mengesan penyakit yang aku alami ini sehinggakan aku pernah pergi ke hospital swasta tetapi tidak menunjukkan hasil. Oleh sebab sudah berputus harapan , aku mula mencari rawatan tradisional dan hasilnya menampakkan perubahan tetapi sudah terlambat kerana aku telah berhenti pengajian daripada UPSI. Selepas 6 bulan keluar UPSI, aku ingin menyambung tawaran ke politenik. Dan aku dapat tawaran dalam bidang diploma kejuruteraan elektrik tetapi, famili dan saudara mara aku membantah kemasukan aku itu kerana mereka menganggap jika masuk akan rugi kerana hanya buat diploma. Jadi aku mengambil keputusan untuk memohon IPTA bagi kemasukan bulan julai. Jadi aku memohon semula IPTA melalui kategori C iaitu lepasan diploma/setaraf. Pilihan pertama aku ialah UPM dalam bidan pendidikan bahasa melayu dan pilihan ke2 ialah UKM dalam bidang pendidikan khas. Aku berjaya dalam ujian medsi dan seterusnya berjaya dalam temuduga dalam pendidikan khas yang dilakukan di UUM sintok. Aku mendaftar di UKM pada 29hb 6 di kolej ibrahim yaakub. Aku bertekad ingin menamatkan pengajian aku kerana ini mungkin peluang terakhir aku untuk mendapatkan segulung ijazah. sekarang aku dahtahun 3..moga impian menjadi kenyataan. =)

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: