profesion perguruan

PENDIDIKAN GURU

Pendidikan guru adalah terpenting bagi sesuatu struktur polisi pendidikan kerana guru-gurulah yang akan menterjemahkan dan menghayati matlamat-matlamat pendidikan untuk menjadi kenyataan. Oleh itu, kita memerlukan falsafah pendidikan guru secara objektif di Negara ini sebagai panduan kepada perancangan dan pelaksanaan program-program pendidikan guru supaya kita dapat melahirkan grur-guru yang berkualiti serentak untuk memenuhi kuantiti yang diperlukan. Falsafah Pendidikan Guruseharusnya berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Di Malaysia seperti kebanayakan Negara maju yang sedang membangun, tidak mempunyai satu dokumen yang tercatat secara eksplisit mengenai falsafah pendidikannya. Namun demikian, falsafah pendidikan tersebut boleh ditinjau daripada dokumen-dokumen yang membincangkan polisi-polisi dan ideology-ideologi serta kertas kerja yang menyebut secara langsung mengenai projek dan aktiviti pembangunan, khususnya yang berhubungkait dengan pendidikan.

 

PRINSIP-PRINSIP DALAM FPN (1987)

Usahanya untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan bersepadu dari segi JERI iaitu:

  • Percaya kepada tuhan
  • Berilmu, kreatif dan rasional
  • Berakhlak mulia
  • Memakmurkan masyarakat dan negara
  • Setia dan bertanggungjawab

Komponen dalam FPG

  • Guru yang berpekerti mulia
  • Berpandangan progresif dan saintifik
  • Menjunjung aspirasi Negara
  • Menjunjung kebudayaan
  • Menjamin perkembangan individu
  • Memelihara masyarakat yang bersatu padu
  • Demokratif
  • Progresif
  • Berdisiplin

BAGAIMANA MEMULAKAN ADD DI BILIK DARJAH?

1.     Persediaan Guru

Pengetahuan Konsep ADD

(a)   Mengetahui melalui menghadiri bengkel atau ceramah ADD.

(b)   Mengetahui melalui pembacaan akhbar dan bahan-bahan lain.

Kreativiti guru

Guru yang mengajar sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan akhbar akan sentiasa kreatif sewaktu mengendalikan kelas.

2.     Persediaan akhbar

(a)   Membuat tempahan awal dengan pihak pengedaran akhbar berkenaan.

(b)   Memastikan yang pihak pengedaran akhbar memberi perakuan yang akhbar yang ditempah sampai mengikut masa yang dikehendaki.

(c)   Jika menggunakan akhbar lewat, sampai sehari sebelum kelas diadakan.

(d)   Jika menggunakan akhbar semasa, sampai pada waktu pagi, sebelum sekolah bermula.

(e)   Bilangan akhbar mencukupi untuk semua murid.

3.     Persediaan Mengajar

(a)   Guru terlebih dahulu melihat akhbar yang akan digunakan. Tujuannya untuk menentukan bahan yang berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar didapati dalam akhbar berkenaan.

(b)   Guru membuat persediaan pengajaran seperti biasa.

Antaranya termasuklah butir berikut:

·         Menentukan objektif pengajaran

·         Induksi set

·         Pengenalan

·         Langkah-langkah pengajaran

·         Penutup

(c)   Catatan mengenai pengajaran hendaklah dibuat seperti biasa. Bagaimanakah jika menggunakan akhbar semasa? Pastikan anda menggunakan bahasa yang memang ada dalam akhbar. Misalnya menggunakan rencana pengarang untuk meringkas karangan atau menggunakan iklan jawatan untuk menulis surat kiriman rasmi. Bahan-bahan ini memang sedia ada dalam akhbar.

4.     Perlukah Guru Besar/Pengetua Diberitahu?

(a)   Guru Besar atau pengetua dimaklumkan melalui catatan dalam buku persediaan mengajar, terutama catatan mingguan.

(b)   Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk memulakan program ADD, elok diadakan perbincangan dengan Guru Besar/Pengetua untuk mengelak daripada berlaku salah faham.

(c)   Seperkara lain yang penting dibincang dengan Guru Besar/Pengetua ialah mengenai cara mendapatkan akhbar, terutama yang membabitkan pembayaran.

5.     Persediaan Kelas/Murid

(a)   Pastikan setiap murid mempunyai naskhah akhbar masing-masing.

(b)   Murid membawa bahan yang diperlukan seperti gunting dan gam.

6.     Pengendalian Kelas

(a)   Kelas dijalankan seperti biasa. Laksanakan pengajaran seperti dirancang atau dicatat dalam buku ringkasan mengajar.

(b)  Guru membuat penyeliaan dengan bijaksana, terutama sewaktu murid-murid membuat aktiviti seperti memotong dan menampal bahan dalam akhbar.

 TEKA-TEKI

1. Pak Ali mempunyai sebuah kebun kebun buah-buahan.
Semua jenis buah ada ditanam.
Satu hari, kebunnya terbakar. Tapi magicnya ada 3 jenis buah yang selamat dan tak terbakar. Apakah jenis buah-buah itu dan kenapa ia selamat?

a. Buah keranji sebab dalam perahu
b. Buah cempedak sbb di luar pagar
c. Pisang sebab di bawa belayar

2. Pokok apa yang bersiput sewaktu kecil dan mengurai rambutnya setelah dewasa?
Pucuk paku

3. Saya sejenis tumbuhan buah ajaib. Biji di luar isi di dalam.
Buah gajus.

4. Dengar nama saya saja, semua orang gerun. Jadi lagenda di mana-mana. Tapi saya boleh dimakan.
Buah naga.

5. Binatang apa berkaki tujuh?
Ayam, yang duduk di kaki 5.

6. Mak Limah pergi ke kedai,
Pergi ke kedai membeli roti,
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang berkaki merah, keris di kaki?
Ayam jantan.

7. Ada belalai bukan gajah,
Boleh terbang bukan burung,
Hisap darah bukan hantu.
Siapakah saya?
Nyamuk.

8. Teka teki teka tekuk
Ular mati hisap rokok
Ubat nyamuk.

9. Saya simbol kebanggaan Negeri Di Bawah Bayu,
Puncak tertinggi gelaran saya. Siapakah saya?
Gunung Kinabalu.

10.Ada sepasang ayam, suami isteri. Mereka tinggal di dalam sebuah reban. Satu malam, kilat sabung menyabung. Menjelang pagi, ayam jantan mati. Soalannya, kenapa ayam jantan mati?
Kerana sudah ajal.
11.Binatang apa be rkaki tiga?
Mentibang.

12.Merah + putih + kuning + hijau = Jadi kaler apa?
Warna warni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

One Response to “profesion perguruan”

  1. berinformasi…
    ble ajar org len cmne nk jd cikgu…

    pnuhkn la lg dgn info2 cikgu yg menarik….

    all d best !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: