p’kmbgan & ciri knk2 khas

Bagaimana  terbentuknya lelaki dan perempuan

Kromosom mempunyai pelbagai bentuk dan saiz dan ada sesetengahnya mempunyai cirri genetik atau perwarisan baka yang lebih banyak dari kromosom yang lain. 22 pasang kromosom dipanggil autosom dan kromosom yang ke 23 dipanggil kromosom seks. Kromosom seks ini sungguh unik kerana pasangannya tidak sama. Contohnya bagi perempuan kromosom seksnya sama iaitu 2X (XX) manakala lelaki pula 1X dan 1Y (XY). Sifat bagi perkembangan diselenggara dan ditentukan oleh gen dimana ianya terletak di lokasi yang spesifik iaitu di lengan atau kaki kromosom. Sebagai contoh, gen pada kromosom ke 10 menyebabkan risiko penyakit kanser payudara di kalangan wanita.

 Pengaruh gen dan kromosom serta proses meiosis

Genetik terdapat di dalam gen di mana gen ini terletak pada kromosom dalam sel. Jumlah kromosom dalam setiap sel berdasarkan kepada jenis haiwan. Manusia mempunyai 46 kromosom dan ianya berpasangan. Satu kromosom membawa genetik atau perwarisan baka daripada ibu ataupun bapa.

Proses ini bermula dengan sel seks yang melibatkan ovum iaitu benih wanita dan sperma iaitu benih lelaki dimana akan berlakunya proses persenyawaan. Sel ini akan mengalami proses mitosis iaitu proses pembahagian sel di mana sel mengganda dan membahagi dua menghasilkan satu lagi sel yang serupa dengan sel induk atau diploid. Jumlah sel bertambah dan jumlah kromosom dalam setiap sel adalah 46 kromosom. Walaubagaimanapun, ovum dan sperma akan mengalami proses meiosis dimana ianya melibatkan kromosom yang ke 22 dan 23. sel dalam proses meiosis juga akan membahagi dan menghasilkan 4 sel yang baru di mana jumlah kromosom setiap sel hanyalah 23 kromosom sahaja ataupun haploid.

Bagaimana kromosom mempengaruhi genetik

Terdapat ciri-ciri dan sifat-sifat yang disebabkan oleh kombinasi gen tetapi bentuk pemindahan gen agak kompleks dan sukar ditentukan disebabkan ianya datang daripada pelbagai gen. Ciri-ciri dan sifat-sifat individu pada baka dipanggil genotip mempengaruhi fenotip individu iaitu ciri-ciri yang bertentangan daripada ciri-ciri dan fenotip. Akan tetapi, tidak semua ciri-ciri genotip ini ditunjukkan pada fenotip. Disebabkan gen berpasangan, kadangkala terdapat gen yang lebih menonjol daripada yang lain.

Kedua- dua ibu bapa  menyumbangkan ciri-ciri dan sifat-sifat mereka pada mereka pada gen untuk anak mereka. Sekiranya kedua-duanya menyumbangkan ciri-ciri dan sifat-sifat yang sama iaitu dipanggil homozigot manakala keduanya menyumbangkan ciri dan sifat yang berbeza dipanggil heterozigot.

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak perempuan mempunyai lesung pipit di pipinya. Dia mendapat baka ini daripada bapanya, tetapi ibunya tidak mempunyai lesung pipit. Ini bermakna kanak-kanak ini mendapat ciri yang bersifat dominan manakala ciri-ciri atau sifat-sifat yang bertentangan dengan ciri tadi dipanggil gen resesif.

SINDROM DOWN

 

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya..Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866 

 

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 

TEORI PSIKOANALISIS

TEORI PSIKOSEKSUAL FREUD

LATAR BELAKANG

Sigmund Freud di lahirkan pada 1856 di Chechoslovakia dan meninggal pada 1939. Beliau merupakan seorang doktor perubatan tetapi minat beliau lebih banyak tertumpu kepada bidang psikiatri dan psikologi. Menurut Freud, apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat seterusnya. Freud juga berpendapat , personaliti manusia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu id, ego dan superego.

Freud menyatakan  setiap kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan iaitu:

Peringkat

Umur

oral

Lahir – 1

anal

1- 3

falik

3 – 6

latensi

6 – akil baligh

genital

Akil baligh – seterusnya

APLIKASI TEORI

            Guru-guru perlu mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya dapat mengimbangi sikap, tingkahlaku dan persepsi pelajar-pelajar. Selain itu guru-guru juga perlu mendekati pelajar-pelajar yang bermasalah secara diplomasi dan mengambil berat terhadap mereka serta sentiasa memotivasikan mereka dengan peneguhan yang positif. Potensi yang ada dalam diri pelajar juga perlu diketahui agar dapat memberi tugasan yang sesuai. Mewujudkan kaedah pembelajaran secara kooperatif (pelajar pandai bantu pelajar yang lemah) juga salah satu kaedah yang terbaik dalam proses P&P. Nilai keagamaan dan moral juga perlu dimasukkan dalam setiap sesi P&P agar pelajar tidak terlibat dengan aktiviti yang negatif.

 TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

LATAR BELAKANG

 Erik Erikson (1902-1994) merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia. Beliau membentuk teori berdasarkan pengalaman dan apa yang dipelajari dari Sigmund Freud dan Anna Freud. Beliau mengetengahkan sebanyak lapan peringkat perkembangan manusia dari lahir hingga akhir hayat dan setiap peringkat mempunyai krisis tersendiri. Sekiranya seseorang itu berjaya menangani krisis dengan baik maka individu itu berjaya membentuk personaliti tetapi jika gagal, individu berhadapan dengan kecelaruan dan konflik identiti.

Tahap-tahap perkembangan yang diketengahkan oleh erikson ialah :

umur

Tahap

0-1

Percaya lawan tak percaya

1-3

Autonomi lawan curiga

3-6

Inisiatif lawan rasa bersalah

6-12

Industri lawan rendah diri

12-20

Identity lawan kecelaruan peranan

20-40

Intimasi lawan pengasingan

40-65

Generativiti lawan pemusatan

65 ke atas

Kesepaduan lawan putus asa

APLIKASI TEORI

             Guru perlu bersikap jujur pada pelajar, sentiasa berbincang dan sentiasa bertolak ansur dengan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Guru juga harus cuba memahami perasaan atau emosi pelajar sebelum sesuatu pengajaran dimulakan atau sebelum memberi arahan. Guru juga perlu menjadi contoh ataupun role model kepada pelajar kerana pelajar akan mengikut dan meniru apa yang guru beri atau sampaikan kepada para pelajar. Selain itu, guru harus membantu pelajar menetapkan matlamat dalam pelajaran dan bantu mereka untuk mencapai matlamat tersebut.

 TEORI KOGNITIF

 TEORI KOGNITIF PIAGET

LATAR BELAKANG

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Piaget merupakan salah seorang tokoh yang amat penting di abad ke 20. Beliau memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan apabila mereka memberikan jawapan yang salah.  Bagi Piaget, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Selain itu Piaget menyatakan skemata boleh berubah melalui proses adaptasi iaitu mengubah skemata semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru  melalui asimilasi dan akomodasi. Skemata juga berubah melalui proses organisasi iaitu Mencantum skemata sedia ada untuk membentuk skemata baru yang lebih kompleks.

Terdapat 4 peringkat kognitif yang diutarakan oleh Piaget iaitu :

Peringkat

Anggaran umur

Ciri-ciri yang menonjol

Deria motor

Lahir – 2

Kanak-kanak kurang tahu apa itu objek kecuali di depan mata.

Praoperasi

2 – 7

Perkembangan melalui simbol dan pemikiran bersifat egosentrik.

Operasi konkrit

7 – 11

Membentuk pemikiran logik tetapi terhad.Berupaya memahami konsep dan hipotesis yang mudah. 

Operasi formal

11 – Dewasa

Keupayaan berfikir secara abstrak dan simbolik serta lebih kompleks.

 APLIKASI TEORI

Setiap guru harus fokus kepada proses pemikiran pelajar dan bukan hanya hasil untuk memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir yang betul. Guru juga harus galakkan pelajar menhuraikan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk selesaikan masalah. Pelajar adalah sumber maklumat paling baik tentang kebolehan pemikirannya (Confrey, 1990 ). Selain itu, guru juga harus menggalakkan pelajar meneroka dan mendapatkan sendiri pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran.

Pengajaran yang dipaksa kepada kanak-kanak yang belum sampai pada tahap kematangan tertentu akan sia-sia kerana mereka belum bersedia untuk menerima ilmu itu. Setiap individu mempunyai kecepatan untuk sampai ke peringkat perkembangan tertentu. Oleh itu, guru harus menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan berfikir dan keupayaan fizikal pelajar.

TEORI KOGNITIF VYGOTSKY

LATAR BELAKANG

Pelopor teori ini ialah Lev Semenovich Vygotsky iaitu seorang ahli psikologi Rusia yang lahir pada 1896- 1934. Vygotsky menekankan pengaruh yang besar ke atas interaksi sosial dalam perkembangan kanak-kanak. Vygotsky menggunakan istilah zon perkembangan proximal ( ZOPD) untuk menjelaskan perkembangan kognitif. ZOPD ialah jarak diantara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendirian dan tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui penguasaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran. Scaffolding pula ialah bimbingan atau petunjuk oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai kemahiran ataupun ilmu. Bantuan yang diberikan lebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan sekiranya kanak-kanak itu sudah mahir (Mohd Sharani Ahmad,2004).

APLIKASI TEORI

Pembelajaran cooperative iaitu pembelajaran dalam satu kumpulan pelajar yang pelbagai tahap kemahirannya perlu dilakukan dalam membantu murid yang lemah atau masih belum menguasai kemahiran tertentu. Pengajaran atau bantuan daripada rakan sebaya yang lebih mahir sangat efektif dalam zon perkembangan proximal. Penggunaan ‘scaffolding’ dalam kaedah pengajaran dimana pelajar beransur-ansur menerima tangungjawab dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas pembelajaran atau pencarian ilmu.

 TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

LATAR BELAKANG

Teori pemprosesan maklumat melibatkan suatu proses mental  yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpannya dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan  untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat tiga tahap pemprosesan informasi yang utama iaitu :

·                                 Peringkat pengekodan maklumat

·                                 Ingatan jangka pendek

·                                 Ingatan jangka panjang

APLIKASI TEORI

            Penggunaan teori pemprosesan maklumat khusus bagi memahami bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa dapat mengingati maklumat secara berasingan. Teori ini juga membantu kita memahami perubahan yang berlaku dalam pemprosesan maklumat apabila seseorang itu meningkat dewasa.                        

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PELAZIMAN KLASIK

LATAR BELAKANG

Kajian saintifik tentang teori ini telah dijumpai secara tidak sengaja oleh Ivan Pavlov  (1849- 1936) di Makmal Leningrad. Pavlov merupakan ahli fisiologi Rusia yang dikurniakan hadiah nobel kerana hasil kajiannya pada peranan air liur dalam  proses penghadaman melalui eksperimen  keatas anjing. Tujuan utama eksperimen beliau ialah untuk menentukan hubungan antara kehadiran makanan di mulut anjing dengan pengeluaran air liur oleh anjing. Melalui kajian yang beliau jalankan ini, beliau dapati anjing bukan sahaja mengeluarkan air iur apabila ternampak makanan tetapi juga apabila ternampak  pengkaji memberikan makanan kepadanya. Beliau berpendapat, tindak balas ini ada kaitannya dengan proses peneguhan. Perkara ini berkaitan bagaimana rangsangan semulajadi menjadi kebiasaan apabila sesuatu rangsangan kerap diberikan.

APLIKASI TEORI

Kita dapat melihat respon yang diberikan secara automatik apabila sesuatu rangsangan bersyarat dikenakan secara berkali-kali kepada seseorang bayi itu. Contohnya, jika kita meletakkan jari kita di pipi bayi, bayi itu secara spontan akan menggerakkan kepalanya untuk mengisap jari tersebut. Melihat kepada contoh yang lain pula, ibu bapa yang selalu menenangkan bayi akan mewujudkan satu rangsangan bersyarat untuk perasaan yang selesa bagi bayi tersebut. Hal ini berlawanan jika seseorang daripada ahli keluarga bayi itu suka mengganggunya dan akan menjadi satu rangsangan bersyarat untuk perasaan marah walaupun bayi tersebut tidak diganggu lagi. Keadaan klasik ini memberi respon emosi yang sangat kuat kepada seseorang bayi.

TEORI PELAZIMAN OPERAN

LATAR BELAKANG

B.F. Skinner (1905-1990) adalah tokoh yang kerap dikaitkan dengan pelaziman operan walaupun idea ini sebenarnya berasal daripada Edward Torndike. Beliau merupakan okoh utama dalam behaviorisme yang mendakwa penyebab kepada tingkahlaku  terdapat dalam persekitaran dan bukan akibat daripada peristiwa-peristiwa mental dalaman seperti pemikiran, perasaan atapun persepsi.melali kajian ini, beliau menggunakan prinsip peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan ini bertindak sebagai pengukuh tingkah laku.

APLIKASI TEORI

Jika seseorang kanak-kanak itu melakukan tingkah laku yang tepat, maka mereka akan mendapat kepuasan serta keseronokan. Peneguhan ini akan memperkuatkan tingkah lakunya iaitu cenderung untuk mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang. Dengan demikian subjek diperteguhkan oleh kesan atau akibat yang menyeronokkan iaitu kepuasan. Sebaliknya, dalam pelaziman operan juga terdapat prinsip hukuman. Hukuman hanya akan terjadi apabila operan atau tingkah laku dilemahkan oleh akibat yang mengikutinya. Dalam erti kata lain, hukuman adalah akibat negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan tingkah laku itu dilakukan. . Keadaan ini terbahagi kepada dua peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan positif. Mengikut Mohd Sharani Ahmad (2004) sekiranya seorang anak mecuri (operan) itu dipukul (akibat negatif), maka kecenderungan untuk mencuri pada masa akan datang adalah kurang. Hal ini menyebabkan terjadinya penghapusan.

TEORI SOSIAL KOGNITIF BANDURA

LATAR BELAKANG

Teori ini dikemukakan oleh Albert  Bandura yang menyatakan tingkah laku kita adalah di pelajari melalui cara  pemerhatian dan interaksi kita dengan masyarakat. Menurut teori Bandura, ada dua jenis faktor pengukuh. Pertama ialah faktor di luar diri kita, iaitu perkara yang kita alami secara langsung akibat perilaku kita, sebagai contoh ialah pujian atau kutukan yang kita terima selepas kita melakukan sesuatu. Faktor pengukuh yang kedua pula ialah faktor yang datang daripada sistem yang ada dalam diri kita. Pembelajaran pemerhatian ini juga dinamakan sebagai pemodelan.

 Terdapat 4 proses pemodelan iaitu:

§        Penumpuan

§        Penangguhan

§        Reproduksi

§        Peneguhan

APLIKASI TEORI

Orang di sekeliling kita boleh menjadi sumber pelajaran kepada kita dengan memberi kita ganjaran atau hukuman ke atas sikap, tabiat dan perilaku kita. Jika kita menunjukkan sikap yang mereka anggap betul, mereka akan memuji kita. belajar apa yang disebut sebagai peraturan masyarakat. Selain itu terdapat pelajar yang boleh dipengaruhi dengan mengenakan teknik psikologi songsang atau reverse psychology. Menurut teori ini, keadaan psikologi songsang berlaku dalam keadaan orang itu ingin melakukan sesuatu yang dia yakin dia bebas untuk melakukannya, tetapi ditegah melakukannya. Kaunselor di sekolah mungkin boleh menggunakan pendekatan seperti menimbulkan rasa takut  dan menimbulkan rasa positif .  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 Responses to “p’kmbgan & ciri knk2 khas”

  1. Buatku Tersenyum Says:

    information yg brgune utk sy..
    ltak la byk ckit about spcial education..
    blh sy tmbah ilmu sblum ngajar..

  2. soyabean Says:

    awak..
    tak dek ker teori dari edward thorndike???
    penting sgt..
    erm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: