melepaskan batuk di tangga…

Melepaskan batuk di tangga!!!….mesti ramai yang biasa mendengar peribahasa tersebut kan, ianya seperti melakukan sesuatu perkara tanpa ada kesungguhan dalam diri dan melakukannya hanyalah sekadar untuk melepaskan diri daripada perkara tersebut.

Hari nie klas Dr Hasnah cam biasala 3 jam…waahhh…mengikut kajian, manusia leh bagi perhatian yang sepenuhnya apabila dalam 20 hingga 30 minit yang pertama je, tapi selepas tu apa yg depa dok pikir dalam kepala otak depa tu pon tak tau la..mngkin dok ingt mkn, ingt awek, ingt kg…hahaha… tp skang aku perlu mendengar dalam tempoh 3 jam..kadang2 terbabas gak la aku sbb takleh bg tumpuan sgt..mula2 kuliah leh la..tp klas nie ttg falsafah dan isu dalam pendidikan khas..suatu subjek yg best kalo diskusi dlm kelas , tambahan plak Dr Hasnah pndai bercerita..sia ngan mimik muka lagi tu..mmg terbaek la Dr Hasnah (bekas mentor aku dlu)..huhu

Ms dok tgh2 die sampaikan kuliah tu tetiba die ckap “nnt kamu semua dah mengajar kat sekolah, jgnlah jadi guru yg hanya mkn gaji, buat perkara dengan ikhlas, mengajar anak istimewa nie banyak berkatnya, jgn buat perkara seperti melepaskan batuk di tangga”…semua student kusyuk dgr die bg kuliah.pastu tetiba Dr hasnah bertanya…

Dr Hasnah : kamu semua tau ke apa itu melepaskan batuk di tangga?

student : tau Dr..

Dr Hasnah: macamna? Cuba kamu semua gayakan sket melepaskan batuk di tangga…

Student : Dengan selambanya semua org buat gaya batuk termasuklah aku skali..hhahhaha

Dr Hasnah : wahh…pandainya kamu tapi kamu tau tak salah tu…hahah

Student : haa…(semua dh melopong)…btol ke..abis camne mlepaskan batuk di tangga?

Dr. Hasnah : camnie..kamu semua penah tgk cite org dulu2?…org dlu2 depa tak pakai kasut, Pegi mana2 pon berkaki ayam je…so, kalo nak naik umah tu kan mesti disediakan tempayan kat kaki tangga tu…kalo kita nak cepat kita ambik penyeduk air tu dengan cepat pastu jirus pon mcm kena tak kena…lepas tu cepat2 lepaskan penyeduk tu…tp org dlu panggil penyeduk tu BATOK..diulangi B.A.T.O.K…so melepaskan batuk dlm tempayan tu dengan cepat2 mcmlah seperti membuat sesuatu perkara hanyalah sekadar syarat tanpa memikirkan perkara tersebut akan keikhlasannya dan kerespontibilitynya…

Student : owh camtu..kami semua ingtkan melepaskan batuk di tangga tu mcm pegi kat tangga pastu batu…hahah

Ahhaha…satu klas tak tau rupanya termasuklah aku…kat sekolah aku dlu pon cikgu takde la bgtau ape tu melepaskan batuk di tangga..die just bgtau apa maksud peribahasa tu je…rasanya bnyk lagi aku tak tau nie..kena banyakla membaca kan..hnya melalui pembacaan je kita leh dapat sesuatu maklumat tu…walau apapun tq Dr Hasnah Toran sbb bgtau kami satu klas apa itu maksud melepaskan batuk di tangga sebenarnya…=)

INILAH RUPA BATOK YG DIGUNAKAN PADA ZAMAN DAHULU UTK CEDOK AIR DR TEMPAYAN

selepas tu aku apa lagi g cari maklumat berkaitan pepatah nie la..utk tambhkan maklumat sebenarnya…heheh

ni ape yg aku dpt la…

sebenarnya perkataan batuk itu disalah ertikan dengan penggunaan perkataan sebenar iaitu ‘batok’ yang merujuk kepada bekas mengisi air yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

Menjadi adat kebiasaan masyarakat dahulu kala mempunyai tempayan bberisi air di kaki tangga rumah. tujuannya ialah untuk membersihkan kaki sebelum naik ke atas rumah. Dan, batok (geluk) digunakan untuk mencebok air daripada tempayan. selesai membasuh kaki, batok akan diletakkan kembali di atas tempayan ataupun disangkut di tempat khas.

namun, akibat malas atau tergesa-gesa ataupun ‘membuat kerja separuh jalan’, selesai membasuh kaki, batok tadi tidak disangkut atau diletakkan di atas tempayan, sebaliknya hanya ditinggalkan di atas tangga, dan terus naik ke atas rumah.

maka, lahirlah peribahasa seperti ‘melepaskan batok di tangga.’

Bijak bukan datuk nenek kita mencipta misalan dan tamsilan? cuma kita kekadang ‘kurang bijak’ dalam memahami maksudnya yang sebenar. sebab itulah proses pembelajaran itu penting.

Ilmu sebegini pun penting supaya kita tidak tersalah tafsir maksud sebenar, apatah lagi ilmu agama yang akan memandu kehidupan kita di dunia dan akhirat…=)

4 Responses to “melepaskan batuk di tangga…”

  1. hahaha..
    klako plok cte 2..
    ckgu org penoh cte 2 dlu…

  2. hahha…yeke…bagusla kalo dh tau

  3. hehehehe….
    siyez, dalam lawak ade maklumat berguna..
    btw, semoga dapat menjadi guru yang berkaliber…

  4. hahaha..
    siyez, dalam lawak still ade ilmu berguna..
    btw, semoga menjadi seorang pendidik yang berkaliber..insyaALLAH..AMIN

Leave a comment