kampungku…

PADI BENDANG

Rindunya kampong…rindunya bendang….hehheh…bendang  ataupun padi merupakan tanaman ruji di negara ini. Anak padi yang ditanam di paya atau sawah dinamakan padi bendang dan yang ditanam di ladang (tanpa air) dikatakan padi huma atau padi gogo. Padi sawah ialah sejenis padi yang ditanam di tempat yang berair, dan sawah padi ialah bendang atau tanah becah (digenangi air) tempat menanam padi. Di tempat aku hanya terdapat padi sawah. Padi huma tu g cari kat Thailand la..banyak..hahaha..

PADI BUKIT

Yang bestnya kat sawah nie terdapat banyak ikan…ikan darat seperti ikan haruan,puyu, sepat,temekung , dan keli.itu antara yang popular jela….nah kat sini aku tunjukkan antara jenis2 ikan yang aku sebut tadi…kot2 la tak penah tgk kan…ikan-ikan ni walaupun taklah glamer cam ikan kembung kat pasar tu, tapi ikan ni ada harga..mahal lak tu…kalo time cuti musim sekolah harga ikan haruan pasti melambung tinggi… bukan sebab ikan tu cuti sekolah sama, tapi sebab permintaan terhadap ikan haruan pada musim tersebut terlalu inggi..ramai kanak-kanak lelaki yang masuk sunat(berkhatan) time tu…orang kata kalo nak cepat baik luka kat anu tu, makanla ikan haruan masak sup ka, bakaq ka…untuk orang yang baru lepas operate ok gak, cepat untuk sembuhkan luka2 yang kena bedah tu…selalunya orang buat sup la, tapi tak tau la rasanya camna…aku tak penah rasa…suka pi mancing je ikan tu, makan tak suka…hahah…maybe sbb die punya hanyir tu banyak sangat, so nak makan pon takde selera jadinya….ikan haruan ni aku nak bgtau boleh capai rm20 sekilo tu…wooo..mahal tu…dah bleh beli sekor siakap balik buat bakaq cicah air asam..perghhh..terangkat tu.. ikan haruan ni kalo tgk betol2 bentuk kepala dia cam ular sket2….dan sejibik dengan ikan toman la..yang bezanya, toman nie ganas sket….silap2 jari kita leh hilang kalo dia sambar. Tapi yang takbestnye ikan haruan nie, sbb hanyir kat badan dia tu banyak sangat…hahahha…penah aku tgk mak aku siang ikan tu tahan idung gak la sbb bau hanyir die leh tahan la…pastu nyawa ikan ni pon agak liat gak…kalo ketuk 2 ,3 kali pon belum tentu lagi mati nie…

IKAN HARUAN….KING OF IKAN DARAT..HAHA

Ikan keli lak ikan yang sedap di makan..hahha..tapi nak menyiangnya tak sedap tu..huhuh…ikan ni kalo goreng pastu buat sambal tumis..perghh..sedap tu…tapi hati2 kalo nak siang, sbb ikan nie ada sengat kat bahagian tepinya…penah dulu aku mancing pastu terkena sengat ikan keli, perghh sakit giler, rasa nak demam je…ikan nie kalo kat dalam parit suka main kat area2 bawah…pemalu kot ikan ni…ikan ni senang biak…kalo tak caya tgk je projek ternakan ikan keli yang ramai org usahakan skrang…2, 3 bulan da leh gi jual..siap kdg2 tu masa nak amik jual dalam kolam tu mesti akan jmpa anak-anak ikan keli. Ikan keli ni mata die kecik je dan bermisai lak tu…Nampak comel la..haha..ikan ni pon ada spesies yang hampir sama bntuknya cam ikan temekung, duri, sembilang. Kalo nak beli taklah mahal sangat dalam rm3 atau rm4 je sekilo…kira kalo nak buat kenduri tu, leh la gna ikan nie..

IKAN KELI

Ikan puyu…wah aku suka gi mancing ikan nie…mmg senang …skali pi leh dapat smpai 20, 30 ekor…dahla modal tak mahal pon…slalu aku pi mancing ikan nie area kota kuala muda la..kat tempat area tsunami tu…memang banyak ikan kat area sana….sbb ada ban yang besar2…slalu pi ngan ayah aku, bang man, pk cik pat, bang chaq tapi la nie ayah aku tak ikut  dah..tak larat nak jln…kalo tak pi kat sana aku mancing area sungai pasir je…banyak gak tambah2 kat dengan bendang sebelah paya bakau tu..perghh..banyak kot situ…slalunya aku gna umpan cacing takpun cengkerik je…pi beli kat kedai apek sebelah no ekor tu..hahah..tapi ikan ni lagi suka makan umpan cengkerik..maybe aroma cengkerik tu menaikkan nafsu mkn ikan puyu tu..hahha…masa ikan puyu tu tarik leh rasa kepuasan die tu…die tarik tak kuat tp best la..dah tu lepas baling je umpan kadang2 terus die sambar…tu yang terasa nikmatnya tu…kalo tgk kat area sp ni..banyak gler org mancing puyu..dekat mana je ada ban..kat situ msti ada org mancing puyu nie….kdg2 tu datng satu family dtg..ingtkan dtg nak lihat suasana bendang tapi semua anak beranak mncing smbil berkelah..dh jd cam pesta la plak..huhuhu

IKAN PUYU

IKAN SEPAT

IKAN TEMEKUNG

Kalo kita lihat disini, ikan toman dan ikan haruan ni spesiesnya lebih kurang sama sahaja….tapi toman lebih cantik kot..heheh..toman lak bnyak kat tasik2 cam kat kenyir tapi haruan lak banyak didapati dekat kawasan tali air dan sawah padi.

IKAN TOMAN

Ni plak ikan semilang..bentuknya seakan akan ikan keli je tapi rasa ikan ni lagi marvellous la dari ikan keli..harga die pon mahal…ikan ni sama je rupa bentuknya tapi beza sket kat ekornya..kalo ikan keli, ekornya bentuk bulat tapi ikan semilang ni ekor die cam ikan belida …menerus je

IKAN SEMILANG

5 Responses to “kampungku…”

  1. wa……..
    teringin nk mengail ikan keli g2..

  2. memang best la dok kg aritu aku dpt ikan keli besar….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: