fikir sejenak…

Singgah Sebentar

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan org kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…… mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…. bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya………
Tapi kalau mak sudah tiada….. ….. MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…. berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…… berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…… berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya……. berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…. berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada muka surat yang sama ditulisnya.
“Jika kamu menyayangi ibumu, “forward”kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda. 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10/lebih :

Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

LAGI-LAGI CERITA…

Soal Jawab Guru dan Sin Chan…Guru :

Kenapa awak lambat?Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, “Sekolah di hadapan, jalan pelahan.

“*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan “BUAYA”?
Sin Chan: “B-O-O-W-A-Y- A”
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: “HIJKLMNO”!!Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana AmerikaUtara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yangtergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa AmerikaUtara?Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-
Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*
Guru: “Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?”
Sin Chan: “Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.
“*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, Karangan awak “Anjing saya” adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *
Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

CERITA LAGI…

PART I
Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Nasyor: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah”
Mat : “Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”

PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART V
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?Joe : Untuk mencari makanan, cikguCikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Nasyor : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

One Response to “fikir sejenak…”

  1. hahahahaha… karangan tuk anak2 murid ang nih..
    wakakakakaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: