TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW

Pernah dgr teori maslow? teori ni tentang keperluan-keperluan yang seseorang perlu penuhi supaya kehiduapan nya dikahir nnt boleh disifatkan kesempurnaan dan untuk kepuasan diri . Menurut Maslow , kepuasan kerja dan keseronokan diperolehi semasa menjalankan sesuatu kerja. Penekanan teori ini adalah kepada pengiktirafan dan penghargaan sebagai faktor penting dalam kepuasan kerja. Maslow telah membahagikan keperluan manusia kepada empat peringkat iaitu peringkat fisiologi, peringkat keselamatan, peringkat sosial, peringkat penghargaan diri dan peringkat kesempurnaan diri.

Rajah 1 menggambarkan peringkat keperluan manusia dalam Hiraki Keperluan Maslow. Abraham Maslow telah menerangkan tingkah laku manusia berasaskan tahap keperluan manusia. Teori ini menerangkan bahawa setiap pekerja mempunyai keinginan asas yang mesti dipenuhi. Keperluan dalaman iaitu motivasi adalah penggerak dan mengarah kepada perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Menurut Maslow, peringkat keperluan asas manusia adalah pada tahap yang paling bawah dikenali sebagai keperluan fisiologi. Keperluan asas ini mestilah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan asas dalam keperluan fisiologi adalah seperti makanan, minuman, pakaian dan seumpamanya. Manakala peringkat keperluan yang kedua ialah keselamatan di mana seseorang itu ingin memperolehi keselamatan dengan memperolehi pekerjaan yang selamat dan tetap, wang yang mencukupi, tempat tinggal yang selamat dan lain-lain keperluan yang dapat menjamin keselamatan diri.

1 Kesempurnaan Kendiri 

 

2 Penghargaan Diri 

 

3 Sosial 

 

4 Keselamatan 

 

 

Fisiolagi 

 

RAJAH 1:  Peringkat Hiraki Keperluan Manusia Abraham Maslow

Seterusnya ialah tahap keperluan sosial manusia, iaitu manusia perlu berhubung dengan individu yang lain untuk memberi dan menerima kasih sayang. Peringkat keperluan penghargaan diri pula berkaitan dengan penghargaan (self esteem) sama ada dalam dirinya sendiri ataupun daripada orang lain. Keperluan kesempurnaan kendiri (self actualization) merupakan peringkat yang paling tinggi dalam Teori Hiraki Maslow. Tahap ini merupakan peringkat kejayaan dan kemuncak kepada semua keperluan manusia. Untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri, seseorang itu perlu memperolehi dan memenuhi kesemua keperluan pada tahap sebelumnya.

Berdasarkan kedua-dua teori yang dibincang, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai banyak kepeluan yang perlu dipenuhi untuk mencapai kepuasan dan kesempurnaan diri. Selain faktor dalaman dan faktor persekitaran yang mendorong individu mencapai kepuasaan dalam pekerjaan yang dilakukan, faktor pendorong iaitu faktor luaran juga merupakan penggerak utama kepada pencapaian kesempurnaan dan kepuasan terhadap pekerjaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: